Anda berada di: Utama Akhbar Utusan M: Tahfiz diminta tampil selesai masalah umat

Utusan M: Tahfiz diminta tampil selesai masalah umat

E-mail Cetak PDF
KUANTAN 4 Mac - Golongan tahfiz di negara ini diminta tampil ke hadapan dalam menyelesaikan permasalahan umat agar kehadiran mereka dirasai oleh masyarakat.

Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman berkata, cabaran golongan tahfiz atau huffaz pada masa kini antara lain memperbetulkan konsep mengenai ilmu 'ain dan kifayah serta naqli dan akli.

Selain itu, katanya, golongan huffaz juga perlu meningkatkan ilmu selain ilmu hafalan iaitu ilmu pengurusan, kaedah berfikir, hal berhubung dengan globalisasi dan pelbagai cabaran yang sedang dihadapi oleh masyarakat. 

"Golongan huffaz juga tidak sepatutnya menjadikan majlis ilmu bersifat 'upacara' yang keterlaluan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Memperkasa Kualiti dan Hala Tuju Graduan Tahfiz pada Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009 di Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur di sini.

Mohd. Yusof berkata, golongan huffaz perlu mengembalikan unsur kesukarelaan dalam beramal dalam keadaan dunia sekarang yang lebih mementingkan aspek kebendaan.

Jelasnya, pembinaan modal insan perlu diasaskan kepada pembangunan insan dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam setiap aktiviti kehidupan.

"Pembinaan modal insan diasaskan bukan semata-mata kepada pembangunan fizikal, ekonomi dan penekanan kepada sains dan teknologi, tetapi juga melibatkan pembangunan roh, hati, nafsu, akal dan jasad," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai hubung kait antara sains dan agama yang disifatkannya saling memerlukan antara satu sama lain.

"Sains tanpa agama buta, sementara agama tanpa sains pula menjadi tempang," katanya.

Menurut Mohd. Yusof, manusia tidak pernah dilahirkan untuk hanya menjadi penonton terhadap apa yang berlaku di muka bumi ini, sebaliknya untuk menyelesaikan semua isu yang sedang dihadapi oleh mereka.
 

Terkini

Popular

Statistik Pelawat

Lawatan [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Hari sebelumnya:
40
31
39

-8
Minggu ini:
Minggu Lepas:
Minggu sebelumnya:
137
349
233

+116

Keseluruhan Bilangan Pelawat
Sejak Feb 2007   201 214 

Adsvertisment

iklanlah-190x60