Dewan-Amal-Islami-2
Anda berada di: Utama Info DAMAI
Info DAMAI

Latar Belakang Penubuhan

E-mail Cetak PDF
YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mempersetujui cadangan Jawatankuasa Teknikal Agenda Melayu pada 25 Ogos 2005 untuk ditubuhkan Kumpulan Kerja Dewan Amal Islami (DAMAI) khusus untuk mobilisasi gerakan akar umbi ke arah pemupukan nilai murni berlandaskan pendekatan Islam Hadhari.

Damai telah diperbadankan pada 5 Disember 2006. Pada 16 Februari 2007, YAB Perdana Menteri telah mencadangkan agar nama Dewan Amal Islam Hadhari digunapakai bagi menggantikan Dewan Amal Islami bersempena dengan Majlis Perasmian DAMAI.

Moto

Membina Ummah, Menyatukan Jamaah

Misi

Mengukuhkan persefahaman dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai
dimensi gerakan Islam, melalui satu gagasan, bagi mencapai matlamat kecemerlangan
dalam pelbagai bidang dan aktiviti yang digerakkan dalam lingkungan syariat.

Visi

Menjayakan hasrat, memantapkan kerjasama dan aktiviti badan / pertubuhan amal
Islami dalam satu wadah dan satu fikrah untuk membangunkan ummah.

Tujuan

  • Meningkatkan kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap pendekatan Islam Hadhari.
  • Menangani cabaran keagamaan dalam suasana masyarakat majmuk menerusi mobilisasi Badan Amal Islam.
  • Mewujudkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan NGO Islam dalam dan luar negara.
  • Mobilisasi lebih 5,000 masjid sebagai institusi pengukuhan aqidah ummah.
  • Memperkasakan aktiviti persatuan Islam di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan membela nasib dan masa depan graduan pengajian Islam.
  • Memberi imput ke arah meningkatkan profesionalisme lebih 30,000 guru agama.
  • Mengusahakan dasar ke arah meningkatkan prasarana dan kualiti sekolah agama di semua peringkat.
 

Dalam Talian

Kami ada 7 tetamu online

Pendaftaran Dibuka

SertaiSukarelawanSmall

Terkini

Popular

Statistik Pelawat

Lawatan [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Hari sebelumnya:
46
31
39

-8
Minggu ini:
Minggu Lepas:
Minggu sebelumnya:
143
349
233

+116

Keseluruhan Bilangan Pelawat
Sejak Feb 2007   201 221 

Adsvertisment

iklanlah-190x60