Anda berada di: Utama Semasa Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 “ISCO 09”

Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 “ISCO 09”

E-mail Cetak PDF
ISCO-09Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 atau singkatannya ISCO 09 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur dari 24hb hingga 26hb Julai 2009 yang lalu. Program anjuran DAMAI ini telah disertai oleh kira-kira 200 peserta yang terdiri dari kalangan pemimpin kanan persatuan mahasiswa Islam dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh negara.

ISCO 09 telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Pengerusi DAMAI dan ucaptama ISCO 09 telah disampaikan oleh Y.Brs Encik Amran Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif DAMAI.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang ISCO 09 ini ialah Pembentangan Kertas Kerja, Forum Dunia Kerjaya dan Keusahawanan Islam serta sesi perbincangan merangka Resolusi ISCO 09 yang telah diserahkan kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Penaung DAMAI. Resolusi ISCO 09 telah diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi DAMAI.

Sepanjang berlangsungnya ISCO 09 ini, penglibatan para peserta amat menggalakkan terutamanya ketika sesi dialog diantara peserta bersama pembentang kertas kerja. Antara kertas kerja yang dibentangkan sepanjang ISCO 09 ialah ”Peranan Mahasiswa Islam Dalam Menstabilkan  Sosio-Politik Di Malaysia’ oleh Y.Bhg Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman, Pengarah Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kertas kerja kedua ialah ” Ke Arah Pemantapan Mahasiswa Islam ” oleh Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kertas kerja ketiga ialah ” Membudayakan Pemikiran Mahasiswa Islam Dalam Bidang Korporat ” oleh Y.Brs Ustaz Mohd Khairi Hussin, Timbalan Rektor (Akademik Dan Pembangunan Mahasiswa), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seterusnya pada sebelah malamnya pula berlangsung Forum Dunia Kerjaya & Keusahawanan Islam yang dipengerusikan oleh Y.Brs Ustaz Mohd Syukor Puteh, Imam Besar Masjid Kuarters KLIA. Antara ahli panel forum ialah Y.Bhg Ustaz Lokman Zulkifli, Pensyarah Kanan CITU, UiTM Johor dan Y.Bhg Ustaz Abdullah Sulaiman, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kemanusiaan & Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pada hari terakhir konvensyen, peserta bergerak menuju ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia bagi Majlis Penutupan ISCO 09 & Perasmian Pelancaran Kelab DAMAI-IPTA. Perjalanan peserta berjalan lancar dengan diiringi oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermotosikal.
 

Terkini

Popular

Statistik Pelawat

Lawatan [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Hari sebelumnya:
17
39
27

+12
Minggu ini:
Minggu Lepas:
Minggu sebelumnya:
83
349
233

+116

Keseluruhan Bilangan Pelawat
Sejak Feb 2007   201 161 

Adsvertisment

iklanlah-190x60