Anda berada di: Utama Semasa Majlis Penutupan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 & Perasmian Pelancaran Kelab DAMAI-IPTA

Majlis Penutupan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 & Perasmian Pelancaran Kelab DAMAI-IPTA

E-mail Cetak PDF
Perasmian-kelab-DAMAIMajlis Penutupan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 & Perasmian Pelancaran Kelab DAMAI-IPTA telah selamat dilangsungkan pada 26hb Julai 2009 yang lalu. Majlis ini diadakan bertempat di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia. Majlis berlangsung dengan cuaca hujan renyai.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Antara tetamu kenamaan lain yang turut hadir ialah YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia Merangkap Pengerusi DAMAI, YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Program Latihan dan Kerjaya Graduan Pengajian Islam, DAMAI, Y.Bhg Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran naib-naib cancelor dari IPTA seluruh negara.

Selain itu, kehadiran mahasiswa jemputan dari semua IPTA seluruh negara turut sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut. Pada majlis yang penuh bersejarah ini, YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi DAMAI telah mengumumkan bahawa Pengerusi DAMAI yang baru ialah YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan beliau akan bertindak selaku Penasihat DAMAI. YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kelab DAMAI-IPTA dan menyerahkan watikah penubuhan Kelab DAMAI kepada semua naib cancelor dari semua IPTA seluruh negara. Beliau juga telah menyampaikan sijil penyertaan peserta ISCO 09 kepada wakil-wakil IPTA.    

YAB Perdana Menteri juga telah menerima cek tajaan Lembaga Tabung Haji (LTH) kepada Kelab DAMAI-IPTA. Replika cek telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji. LTH ialah penaja utama kepada Kelab DAMAI-IPTA ini. Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri juga telah melancarkan laman web Kelab DAMAI-IPTA yang boleh dilayari di www.kelabdamai.org.my. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjaya dijalankan dengan sasaran yang diinginkan iaitu penyerahan watikah penubuhan Kelab DAMAI di semua IPTA seluruh negara.
 

Terkini

Popular

Statistik Pelawat

Lawatan [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Hari sebelumnya:
46
31
39

-8
Minggu ini:
Minggu Lepas:
Minggu sebelumnya:
143
349
233

+116

Keseluruhan Bilangan Pelawat
Sejak Feb 2007   201 221 

Adsvertisment

iklanlah-190x60