Anda berada di: Utama Semasa USIM Anjur Program IKON Usahawan

USIM Anjur Program IKON Usahawan

E-mail Cetak PDF
USIM-Program-IKON-UsahawanNilai, 19 Mac 2009 – Pelaksanaan Program Ikon Usahawan merupakan satu usaha dalam memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai peluang dan ruang kerjaya dalam bidang keusahawanan yang terdapat di Malaysia.

Selaras dengan itu, pihak USIM dengan kerjasama Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) berhasrat menganjurkan Program Ikon Usahawan yang julung-julung kalinya diadakan. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DAMAI, Y. Brs. En. Amran Zakaria.

Antara objektif program ini adalah untuk memperluaskan jaringan perhubungan kepada mahasiswa mengenai peluang kerjaya yang terdapat di Malaysia secara langsung melalui program ini dan melahirkan usahawan-usahawan daripada mahasiswa yang profesional demi mengharungi arus globalisasi semasa. Di samping itu menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan kejayaan mahasiswa dalam bidang profesional.


 

Terkini

Popular

Statistik Pelawat

Lawatan [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Hari sebelumnya:
46
31
39

-8
Minggu ini:
Minggu Lepas:
Minggu sebelumnya:
143
349
233

+116

Keseluruhan Bilangan Pelawat
Sejak Feb 2007   201 221 

Adsvertisment

iklanlah-190x60