Mesyuarat Dwi-Bulanan Bersama Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) Kali Pertama. Pada 10 April 2009, jam 3.00 petang, bertempat di Bilik
Mesyuarat Tingkat Dua, Bangunan Daruzzakah, mesyuarat Dwi-Bulanan bersama Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)kali pertama telah diadakan.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Hashim Meon (Ahli Lembaga Pemegang Amanah DAMAI), Y.Bhg. Dato' Haji Shahlan Ismail(Setiausaha Politik Perdana Menteri), Y.Bhg Dr. Muhammad Yamin (Pengurus Pusat Zakat), Bahagian Hadhari JAKIM, wakil-wakil dari IPTA serta wakil dari DAMAI sendiri.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Hashim Meon, di dalam ucapannya, beliau telah menerangkan fungsi, peranan serta latar belakang DAMAI. Ini diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif DAMAI, Y.Bhg. Encik Amran Zakaria, telah menerangkan dengan lebih lanjut kan tujuan serta peranan DAMAI.
Y.Bhg. Dato' Haji Shahlan Ismail, di dalam ucapannya berharap agar fungsi dan peranan DAMAI akan di perkukuh di masa akan datang dengan mengadakan hubungan baik dengan pihak-pihak yang berkaitan serta menambahkan lagi program-program yang berkaitan dengan GPI.
Mesyuarat kali pertama ini membincangkan pelbagai perkara terutamanya fungsi DAMAI di dalam menggerakkan program di kampus-kampus.
Keputusan-keputusan yang positif telah diperolehi daripada mesyuarat ini yang mesyaksikan keterlibatan setiap wakil-wakil IPTA dalam mengemukakan cadangan dan pandangan.Hasil daripada mesyuarat ini, DAMAI akan mengambil langkah-langkah yang perlu seiring dengan hasrat kerajaan di dalam perkara-perkara yang melibatkan mahasiswa.
Didalam mesyuarat ini juga, telah di rangka pelan perancangan serta pemilihan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Program Majlis Bicara Mesra Kepimpinan Mahasiswa dan Program Ikon Kerjaya GPI.Mesyuarat ini telah berakhir sekitar jam 5.30petang.
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|



