Sukarelawan DAMAI

Sertai Sukarelawan Kelab DAMAI IPTA

 

Pengenalan

Dengan penubuhan Kelab DAMAI IPTA pelbagai aktiviti yang membabitkan persatuan-persatuan Islam di IPTA akan giat dijalankan. Kami di Kelab DAMAI menyeru kepada semua pelajar-pelajar Islam Institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara supaya tampil untuk menyumbang bakti dengan menyertai Sukarelawan DAMAI. Penyertaan anda akan melancarkan lagi hasrat Kelab DAMAI membantu memperkasakan persatuan-persatuan Islam IPTA di negara ini.

Syarat

  • Terbuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam seluruh negeri di Malaysia
  • Beragama Islam
  • Komited
  • Ikhlas
  • Berdisiplin
  • Dedikasi

 

Tugas sukarelawan

Membantu Kelab DAMAI IPTA, petugas program dan urusetia DAMAI dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang siap diatur dari pihak Penyelarasan Kelab DAMAI atau persatuan-persatuan Islam di IPTA.


Insentif

  • Elaun Sukarelawan DAMAI RM50.00 Sehari
  • Sijil Penyertaan Sukarelawan
  • Sehelai Baju Korporat
  • Lain-lain insentif akan dikenal pasti dari semasa ke semasa mengikut keperluan

 

 

Senarai Sukarelawan

Anda di sini: